Sabtu, 13 Oktober 2012

Cinta Allah dan Rasulullah




السلام عليكم ورحمة الله وباركاته

Segala pujian hanya kepada Allah SWT pencipta alam dan salam sejahtera ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. dan para sahabat baginda.

Cinta pada Allah dan Rasulullah melebihi cinta pada dunia,cinta pada manusia,cinta pada harta. Rindukah kita pada Allah dan Rasulullah? Cintakah kita pada  Rasulullah? Sayangkah kita pada Rasulullah? 

Firman Allah swt ,

yang bermaksud :

"katakanlah jika benar-benar kalian orang-orang yang cinta kepada Allah, maka ikutilah aku ( Muhammad saw ) nescaya Allah akan mencintai kalian."
( Surah Al-Imran, ayat 31 )

 
Photobucket
Mafhumnya: Dari Anas r.a bersabda Nabi saw,  tiga sifat siapa yang memilikinya akan merasakan kemanisan IMAN,
  • Jika ia mencintai ALLAH & RASULNYA lebih dari lain-lainnya...
  • Jika ia menyintai manusia sesama manusia semata-mata kerana ALLAH taala.
  • Enggan kembali kepada kafir setelah diselamatkan ALLAH daripadanya, sebagaimana enggan dimasukkan ke dalam api neraka...
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, buktikan bahawa kita mencintai Allah dan Rasul. Ciri-ciri mencintai Allah dan Rasul ialah
 
  1. Mencintai ALLAH dengan melaksanakan segala kewajipannya dan perkara yang disukai oleh ALLAH serta meninggalkan larangannya.
  2. Sentiasa bersyukur terhadap segala nikmat dan ujian yang diberikan oleh ALLAh swt.
  3. Menempuh segala ujian dengan sabar dan redha pada qada dan qadar ALLAH swt.
  4. Mencintai rasul melebihi dari kecintaan kepada seluruh makhluk.
  5. Membenarkan segala ajaran Rasulullah dan sentiasa mengikuti segala ajaran yang diajar oleh baginda.
  6. Sentiasa mengamalkan sunnah RASULULLAH saw..
    Oleh itu,
    Carilah Cinta Allah dan Rasulullah
    nescaya kamu akan dipelihara olehNya..

                                  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan